Ada satu ketika kita seringkali
berada di persimpangan untuk mengatakan ‘YA’ atau ‘TIDAK’. Ketika hati meronta
ingin mengatakan ‘TIDAK’ ketika itu jugalah mulut terpacul perkataan ‘YA’.
Ramai dari kita sukar untuk menolak permintaan seseorang dan terpaksa bersetuju
sehinggakan tiada ruang masa untuk diri sendiri.
Permintaan dari rakan sekerja
yang meminta untuk membuat sesuatu dalam tempoh masa yang sangat singkat yang
memerlukan teknik kepakaran yang sedia ada. Jadi mengapa perlu kata ‘Tidak’?
Permintaan dari kawan yang
meminta cuma setengah jam untuk mengajar subjek yang tidak difahaminya. Jadi
mengapa perlu katakan ‘Tidak’?
Permintaan dari seseorang yang
meminta untuk membuat skrip ucapan untuknya yang memerlukan 10 minit sahaja
untuk menulis. Jadi mengapa perlu katakan ‘Tidak’?
Semestinya perkataan ‘YA’ akan
keluar dari mulut kita.
Namun begitu dalam setiap
perkataan ‘YA’ yang kita sebut, kita seringkali terlepas pandang dengan apa
yang terpaksa kita tanggung. Tiada ruang lagi untuk diri sendiri kerana sibuk
dengan kerja. Pelbagai kerja tertunda disebakan permintaan kerja yang lain kita
terima. Kesihatan tidak terjaga. Malahan, masa untuk bersama orang tersayang
juga berkurangan.
Disaat inilah perkataan ‘TIDAK’
memainkan peranan besar. Kerana perkataan ‘YA’ sudah tidak sesuai pada waktu
ketika ini. Belajar untuk katakan TIDAK adalah satu teknik dan kemahiran untuk
tidak dipanggil sebagai ‘people pleaser’ iaitu mementingkan orang lain sebelum
diri sendiri. Tips mengatakan TIDAK :
1. Nada yang tegas
Pastikan
nada atau intonasi yang dipakai ketika ingin menolak melakukan sesuatu adalah
tegas dan singkat. Ini akan memastikan orang yang mendengar penolakan anda
mengambil serius dengan apa yang anda katakan.
2.
Penyampaian yang baik
Menolak
sesuatu permintaan tidak memerlukan anda mengeluarkan kata kata kasar atau
kesat. Penyampaian anda perlulah sopan dan tepat agar orang yang anda tolak
permintaanya dapat memahami dan menerima dengan baik penolakan anda.
3.
Utamakan yang utama
Tahu apa
yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Utamakan kepentingan anda dahulu sebelum
mengutamakan kepentingan orang lain. Pastikan anda jelas dengan apa yang anda
inginkan.
4.
Berikan pendapat anda
Tidak salah
jika anda ingin mengemukakan pendapat dan mengekspresikan perasaan anda. Anda
hormati keinginan diri anda dan menginginkan orang disekeliling anda
menghormati anda juga. Anda mengingatkan orang lain bahawa anda juga seseorang
yang mempunyai keperluan dan kesibukan sendiri.
5.
Berhenti berfikir tentang orang lain
Berhenti
berfikir apa yang orang katakan tentang anda. Orang di sekeliling anda haruslah
sedar dan terima anda seadanya. Jangan berasa bersalah kerana anda mengutamakan
diri anda dahulu.
Orang yang berjaya bukanlah orang yang sering berkata YA untuk setiap
peluang dan kesempatan dalam hidupnya, tetapi orang yang berani berkata TIDAK
untuk sesuatu yang melanggar apa yang dipercayainya.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda ‘people pleaser’?
Apa yang anda lakukan untuk berkata TIDAK.
Anda juga boleh membaca artikel ini di ZALORA :)