credit: pinterest |
Bahagia itu kita yang pilih. Seringkali dalam kehidupan ini pelbagai dugaan dan cabaran malahan onak duri yang kita kena tempuhi. Sama ada kita nak lalui dengan fikiran positif ataupun negatif. Kita yang pilih. Benar, ada sekali kita akan rasa dugaan itu datang buat kita jatuh terduduk sampai tak mampu nak bangkit lagi.
Fall seven times, stand up eight.— JAPANESE PROVERB
Yakinlah jika fikiran positif di minda kita dan kita percaya setiap sesuatu ada hikmah yang tersendiri. InsyaAllah bahagia itu akan datang dengan pilihan kita.
Bahagia itu kita yang pilih.
Kita tengok seekor kucing mengiau apabila mendapat ikan menandakan ia bahagia. Kita lihat anak kecil berlari lari apabila mendapat aiskrim. Kita lihat air mata seorang guru melihat kejayaan anak muridnya. Kita nampak air muka tuan kedai gembira apabila kedainya mendapat sambutan. Dan kita nampak mak abah tersenyum bahagia apabila melihat wajah anak anak mereka.
Simple bukan bahagia mereka. Kerana bahagia itu mereka yang pilih. Kecil bagi kita, tapi besar untuk mereka.
credit:pinterest |
Kadang kita ni berjalan kat tepi pantai pun dah bahagia. Tengok bintang, bulan, matahari terbenam pun dah cukup bahagia. Dan kadang tengok orang lain bahagia cukup untuk buat kita bahagia.
“When it rains, look for rainbows. When it’s dark, look for stars.” ~UNKNOWN
And for me. My happiness when I see my family just sit together, talk for hours and laughing out loud. Its okay if we're not a perfect family. I have abah, along, acik and ecah, And arwah umi up there, I know she is in a better place now. Al-fatihah.
And still I choose to be happy
How about you guys ? What is your happiness ?
Have a nice day,
Alya Zul.
No comments:
Post a Comment