Yang kadang datang kadang pergi.
Ada apa pada bahagia?
Andai ia hanya sekejap cuma.
Ada apa pada bahagia?
Jika sekadar singgah sebentar.
Bahgia itu
umpama merasa rintik hujan yang jatuh ke muka
umpama melihat matahari terbit di pesisiran pantai
umpama mendengar derapan kaki anak kecil yang girang berlari.
Bahagia itu datang tanpa dijangka
Bahagia itu hadir pada yang punya harapan
Dan bahagia itu untuk mereka yang masih percaya
Adanya pelangi selepas hujan
Alya Zul
No comments:
Post a Comment