Dia
tersenyum gembira
ketawa riang
namun dihatinya tersimpan seribu luka
Dia
petah berbicara
pantas langkah kakinya
tidak menghiraukan sendu di jiwa
Dia
umpama pelangi
membawa bahgia
pada yang bergelar insan
Dia
umpama bulan
sinarnya menerangi alam
sebagai teman ketika sendiri
Namun,
hatinya seremuk kertas
jiwanya umpama tin kosong
tiada siapa yang peduli
Kerana,
dia tidak tegar
melontar dukanya pada mereka yang sedang girang.
dia tidak mampu
berbicara dukanya pada mereka yang sedang bahagia.
Dan kerana
ada yang lebih berhak mendengar rintihanya,
kerana hanya pada-Nya dia bergantung harap.
-alya zul-
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"(Al-Baqarah: 286)