Kadang bukan rasa tak mampu hadapi
Tapi sebab aku yang pilih taknak lalui
Kadang bukan rasa taknak tangisi
Tapi sebab aku yang pilih untuk terus berdiri
Kadang bukan rasa tak ingin di sayangi
Tapi sebab aku yang pilih mahu sendiri
Kadang bukan tak sanggup terima realiti
Tapi sebab aku yang pilih untuk terus bermimpi.
Kerna hidup ini hanya perlu memilih. Setiap pilihan sentiasa berada di tangan kita.
Dan setiap pilihan punyai risiko yang tersendiri sama ada kita mampu untuk atasi atau tidak.
Begitu juga aku. yang kadang tersilap dalam percaturan.
Terfikir sejenak andai dapat kembali masa lalu, adakah kita masih memilih pilihan yang sama ?