Dia
tersenyum gembira
ketawa riang
namun dihatinya tersimpan seribu luka
Dia
petah berbicara
pantas langkah kakinya
tidak menghiraukan sendu di jiwa
Dia
umpama pelangi
membawa bahgia
pada yang bergelar insan
Dia
umpama bulan
sinarnya menerangi alam
sebagai teman ketika sendiri
Namun,
hatinya seremuk kertas
jiwanya umpama tin kosong
tiada siapa yang peduli
Kerana,
dia tidak tegar
melontar dukanya pada mereka yang sedang girang.
dia tidak mampu
berbicara dukanya pada mereka yang sedang bahagia.
Dan kerana
ada yang lebih berhak mendengar rintihanya,
kerana hanya pada-Nya dia bergantung harap.
-alya zul-
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"(Al-Baqarah: 286)
Thursday, July 2, 2015
Sunday, May 24, 2015
Broken
"Let her go"satu ayat yang buat aku terdiam lama. terkaku.
"sampai bila nak hidup dalam kenangan lama"aku takut. andai aku lepaskan satu satu kenangan aku dengan arwah umi, aku akan lupa arwah umi.
"keep moving on"bukan aku tak cuba. aku dah cuba. tapi tiap kali aku selangkah ke hadapan, aku berundur seribu langkah lagi.
dan aku terfikir, aku tak lepaskan lagi ke arwah umi pergi ? aku masih salahkan diri aku ke arwah umi pergi ? aku masih tak dapat hilangkan rasa terkilan ke sebab tak dapat jaga arwah umi untuk buat kali terakhir ?
aku tanya balik diri aku. betul ke aku dah 'let her go'? betul ke aku dah 'move on' ? at the end, just for once i want to believe that she still here with me.
mungkin dengan rasa beliau ada dengan aku, it keep me away from insane.
aku tahu 'pathetic' nya aku, bila nasihat orang tapi aku sendiri yang lemas.
aku tahu hipokrit nya aku, bila aku tulis aku dah okay sedangkan aku tak.
aku tahu betapa aku selfish taknak bantuan dari sahabat aku untuk bawa aku berdiri balik.
aku tahu.
sometimes i just want a friends to talk. a simple talk. a plain talk.
sometimes i just want to scream,
"please just save me from myself"
but until now, i dont know. i just cant.
i dont know who will help me without judge me.
i dont know who will still be there hold my hand and told me everything will be okay.
i just dont know.
the broken one,
me.
Wednesday, March 11, 2015
Kadang
Kadang bukan rasa tak mampu hadapi
Tapi sebab aku yang pilih taknak lalui
Kadang bukan rasa taknak tangisi
Tapi sebab aku yang pilih untuk terus berdiri
Kadang bukan rasa tak ingin di sayangi
Tapi sebab aku yang pilih mahu sendiri
Kadang bukan tak sanggup terima realiti
Tapi sebab aku yang pilih untuk terus bermimpi.
Kerna hidup ini hanya perlu memilih. Setiap pilihan sentiasa berada di tangan kita.
Dan setiap pilihan punyai risiko yang tersendiri sama ada kita mampu untuk atasi atau tidak.
Begitu juga aku. yang kadang tersilap dalam percaturan.
Terfikir sejenak andai dapat kembali masa lalu, adakah kita masih memilih pilihan yang sama ?
Tapi sebab aku yang pilih taknak lalui
Kadang bukan rasa taknak tangisi
Tapi sebab aku yang pilih untuk terus berdiri
Kadang bukan rasa tak ingin di sayangi
Tapi sebab aku yang pilih mahu sendiri
Kadang bukan tak sanggup terima realiti
Tapi sebab aku yang pilih untuk terus bermimpi.
Kerna hidup ini hanya perlu memilih. Setiap pilihan sentiasa berada di tangan kita.
Dan setiap pilihan punyai risiko yang tersendiri sama ada kita mampu untuk atasi atau tidak.
Begitu juga aku. yang kadang tersilap dalam percaturan.
Terfikir sejenak andai dapat kembali masa lalu, adakah kita masih memilih pilihan yang sama ?
Subscribe to:
Posts (Atom)